Ahad, 6 Disember 2015

Krabi 2015 | Island Hoping - Part II


28 Nov 2015 - Aktiviti hari kedua semestinyer Island Hoping!!! Pepagi semua dah bangun dan bersarapan di hontel...  


 Kami memilih untuk 4 island menggunakan  long tail boat aka traditional boat thailand.. Harga untuk sebuah boat rombongan 'cIK kIAH' lebih kurang 8 org ialah sebanyak 3000 bath.. kena pandai2 survey agen di Aonang Beach...Excited semua orang!!!!


Pakej ini akan membawa kita ke Tup island, Poda Island, Chicken Island dan Phranang Beach... Dekat je dalam 20 minit...Dan dari pulau ke pulau hanya mengambil masa 10-20 minit.. Jom menikmati pemandangan indah di pulau2 ni...


Tempat pertama sekali dibawa ialah Tup Island dan Poda Island . Istimewanya pulau ini ialah ada laluan pasir semulajadi menghubungkan kedua pulau tersebut. Kiri Kanan laut. Tapi sayangnyer masa kami sampai air pasang so dah x nampak laluan pasir tu....


Poda Island- Air jernih dan pasir putih bak mutiara....


Kami diberi masa selama lebih kurang 45 minit untuk mandi manda dan berjimba2.....




Aktiviti seterusnya ialah snorkeling di Chicken Island. Boat berhenti ditengah2 laut. Mula2 semua takut... Tapi bila sorang dah gedebusss ....semua pun terjun!!! Jangan risau Ada life jacket ... 



YEAY !!! seronok ooi bermain2 dengan ikan-ikan nemo ni...  



Bentuk pulau macam Chicken.... 

Poda Island... Sesuai untuk aktiviti kanak-kanak riang!!!!


PHRANANG ISLAND- Subhanallah indah betul pemandangan di sini.....




Dipulau ni banyak2 boat tempatan yang menjual makanan halal.... Boleh makan sambil menikmati laut yang menghijau.. Perghhh memang heaven lah.....




Lebih kurang kul dua petang kami pun pulang ke pangkal jalan...hihi..Balik hontel.. semua kepenatan tapi puas hati dan bersyukur diberi kesempatan menikmati keindahan ciptaNya... !!!


                       
Antara pemandangan indah  disini....

Terima Kasih

Sabtu, 5 Disember 2015

Aonang, Krabi 2015 | My Roadtrip- Part I



Kulim - Wang Kelian - Satun - Krabi
                       

Assalamualaikum....

Destinasi pilihan kali ni ialah Krabi, Thailand..Kali ni lain daripada biasa kerana kami memilih konvoi secara roadtrip.Pagi itu kami bangun agak awal. Yela, jauh nak sampai ke Krabi ni..Check out from Kicha Inn Kulim lebih kurang kul 7 pagi.


                                     

Bermulalah perjalanan kami sambil menikmati pemandagan sawah melalui PLUS higway.....

                                     

Sebelum kami meneruskan perjalanan yang lebih jauh, kami kene la sarapan dulu.. Breakfast ala-kadar je, janji dapat buat alas perut. Makan roti canai dan kari gearbox. Special made in JITRA...
                                     

 
     Seterusnya kami berhenti di Changloon Trade Centre (CTC) untuk urusan  pembelian Insurans kenderaan Thailand. Paling popular Siam City Insurance. Jangan lupa bawa  geran asal (bagi pemilik sah atau pinjam kenderaan orang lain ). Surat pemilik asal memberi pinjam kenderaan ( ini bagi yang bawa kenderaan pinjam, tulis sepucuk surat rasmi kepada Kastam Thailand dalam bahasa Inggeris yang menyatakan tuan kenderaan memberi kebenaran dan menandatangi surat tersebut. Jangan risau agen ni boleh tolong buat. Agen ini jugak akan isikan arrival and departure card.. Total kena bayar segala urusan RM25.


                       

Lebih kurang kul 12 tengahari kami tiba di Wang Kelian, Perlis..Sebelum tu jangan lupa isi minyak penuh2 kat border... Thailand mahal kalau nak isi minyak....
 Kat sini kena parking kereta dan beratur cop passport. Serahkan slip tersebut bersama-sama passport atau borderpass. Ada wang pengeras... huhu...Kami bagi RM1 sahaja. 
        
        

Siap dengan urusan passport. Seterusnya ke kaunter Custom Declaration. Beri geran dan passport. Bagi yang membawa kereta pinjam kena serahkan juga surat kebenaran menggunakan kereta. Kadang-kadang dia akan minta untuk melihat kenderaan tersebut dan jumlah penumpang.. Yehaa!!!! Jom sambung perjalanan.. Jauh lagi ni...
     
          
Tapi jangan risau jalan dia memang two lane each side dan lebar.. Lurus pula tu...Xbanyak kereta... Yang paling best xde TOLLL!!!


          
Melalui salah sebuah pekan semasa perjalanan....




Berhenti makan dan solat dulu....Nak order makanan cakap macam ayam ngan itik...kui2...




Berhenti lagi untuk top up minyak.....


Akhirnya tiba juga dibandar Krabi.....





Lebih kurang setengah jam dari bandar Krabi kami tiba di tempat penginapan iaitu di Aonang Beach.. iaitu lebih kurang kul 5.30 ptg...

                             



Jangan lupa baca next post untuk melihat keindahan pulau2 di Krabi!!!!!



 Aonang - Hatyai- Bukit Kayu Hitam

Untuk perjalanan pulang kami memilih melalui Hatyai yang  mengambil masa kira-kira lebih kurang 4.5 jam. Jauh jugak tu kan. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu la lebih kurang.


        
Korang jangan risau, takde tol dikenakan plus rangkaian jalan raya dorang memang bagus! Jalan pun lebar. Kete tak banyak...



                               Berhenti di RnR yang bertemakan Cowboy



                                    
                                       




Border di Sadao, Bukit Kayu Hitam 





 Kat sini pun kena parking kereta dan beratur cop passport. Serahkan slip tersebut bersama-sama passport atau borderpass, departure card and custom decleration... Welcome back To Malaysia!!!!


Sekian sahaja...









Terima Kasih

Rabu, 2 September 2015

Ikan Bakar Sedap Gosami | Sinchon, Seoul


Ikan Bakar  Gosami |  Sinchon, Seoul merupakan antara restaurant kegemaran orang malaysia  yang berkunjung ke korea. 


Gisomi Grilled Fish





Direction HERE with picture










Buktinyer ramai pengujung malaysia ke sini


Air kosong yg disediakan dalam tumbler n minum dalam mangkuk silver hujung meja tu 



Side dish yang disediakan walaupun x order..... KIMCHI


Nasi dalam mangkuk comel....Sticky rice







Seasoned stir fried squid- sweet and spicy



Go-Galbi is actually another name for go-deung-uh, which in English is the mackerel. The mackerel is a common fish that is eaten in Korea and is most popular for how juicy and flavorful the fish is. Sangat sedap ikan ni!!!!






Kakak and Hafiz  makan with chopstik





GISOMI GRILLED FISH

서울특별시 새대문구 창천동 53-8
53-8, Changcheon-dong, Seodaemun-gu, Seoul


Terima Kasih

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign