29 NOV 2015- Hari ke 2 di Krabi, kami meneruskan aktiviti yang ditungu2 oleh kanak2 riang iaitu Elephant trekking yang terletak lebih kurang 15minit dari Pantai Aonang.Harga untuk seorang dewasa ialah 70,000 bath( lebih kurang RM70).. Thailand mmg terkenal dgn gajah sbb tu digelar negeri gajah PUTIH!!! Rugi datang Krabi x try naik gajah...Jom layan gambar kami..
Muka excited nak naik gajah..Hafiz jeling2 je...hihihi...
Masa mula2 tu berdebar juga naik sbb first time naik... Tapi lama2 ok.. Buktinyer tgk gambar kat bawah.. Tinggi betul gajah @ Chang ni..Huhu.. Main redah jer selut en gajah ni..
Seterusnya kami dibawa meredah ladang getah. Memang mendebarkan turun naik bukit.. Gajah ni seronok je jalan sambil2 angkat kaki dan minum air lopak.Kami dari atas tgk je gelagat mereka. Rasa nak jatuh pun ada.. Kalau gajah ni berhenti lama sangat, penjaga akan pukul gajah ni.. Kesian pun tgk!!!
Berjalan-jalan lagi sambil menikmati kampong persekitaran dan bawa gajah mandi..
Lama juga naik gajah, lebih kurang sejam.. Memang suatu pengalaman yang x dilupakan . Macam naik 4X4 wheel drive gitu!!!
Setelah berehat lebih kurang 10 minit kami dibawa ke 'Elepahant show' oleh 'Sweet Eye' iaitu anak gajah yang berusia lebih kurang lima tahun..Memang best!!! Menjerit2 kami apabila si Sweet Eye menghulurkan belalainyer..Hihihi!!
Sebelum balik jom amik gambar kenangan bersama gajah !!!!