Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travelog. Papar semua catatan

Ahad, 11 Mac 2018

Sandakan 2017| Agnes Keith House & English Tea House



Rumah agam Agnes Keith yang terletak di Jalan Istana, Sandakan, Sabah, antara destinasi menarik yang perlu dikunjungi sekiranya ke bandar itu.Jom KITA  lihat apa yang ada di dalam rumah ini.


Walaupun mereka adalah penghuni kedua tinggal di rumah itu selepas MM Clark, namun rumah itu lebih sinonim dyngan Agnes kerna dalam rumah itu dia menghasilkan buku ' Land Below The Wind' pada 1939 yang menceritakan kehidupan masyarakat setempat di sabah serta alam semulajadinya.







'PETI AIS MODERN'









Setelah itu kami ke English Tea House yang terlétak bersebelahan untuk melihat pemandangan bandar dan laut sandakan









Terima Kasih

Isnin, 20 Februari 2017

Krabi 2015 | Aonang Beach - Part V

Biarkan gambar berbicara.......


Suasana pekan Aonang





Before naik bot




Suasana malam hari
Walking with princess





Aktiviti kanak kanak riang

Aktiviti mak mak budak


Before balk let's posing!!!



Terima Kasih

Jumaat, 8 Januari 2016

Krabi 2015 | Elephant Trekking - Part III




29 NOV 2015-  Hari ke 2 di Krabi, kami meneruskan aktiviti yang ditungu2 oleh kanak2 riang iaitu Elephant trekking yang terletak lebih kurang 15minit dari Pantai Aonang.Harga untuk seorang dewasa ialah 70,000 bath( lebih kurang RM70).. Thailand mmg terkenal dgn gajah sbb tu digelar negeri gajah PUTIH!!! Rugi datang Krabi x try naik gajah...Jom layan gambar kami..

 
Muka excited nak naik gajah..Hafiz jeling2 je...hihihi...
 

Masa mula2 tu berdebar juga naik sbb first time naik... Tapi lama2 ok.. Buktinyer tgk gambar kat bawah.. Tinggi betul gajah @ Chang ni..Huhu.. Main redah jer selut en gajah ni..



Seterusnya kami dibawa meredah ladang getah. Memang mendebarkan turun naik bukit.. Gajah ni seronok je jalan sambil2 angkat kaki dan minum air lopak.Kami dari atas tgk je gelagat mereka. Rasa nak jatuh pun ada.. Kalau gajah ni berhenti lama sangat, penjaga akan pukul gajah ni.. Kesian pun tgk!!!


 
Berjalan-jalan lagi sambil menikmati kampong persekitaran dan bawa gajah mandi..
 


Lama juga naik gajah, lebih kurang sejam.. Memang suatu pengalaman yang x dilupakan . Macam naik 4X4 wheel drive gitu!!!

                                 

Setelah berehat lebih kurang 10 minit kami dibawa ke 'Elepahant show' oleh 'Sweet Eye' iaitu anak gajah yang berusia lebih kurang lima tahun..Memang best!!! Menjerit2 kami apabila si Sweet Eye menghulurkan belalainyer..Hihihi!!




Sebelum balik jom amik gambar kenangan bersama gajah !!!!

                           
                             


 




Thank you for reading.. Tgu part IV yer!!!


 









Terima Kasih

Ahad, 6 Disember 2015

Krabi 2015 | Island Hoping - Part II


28 Nov 2015 - Aktiviti hari kedua semestinyer Island Hoping!!! Pepagi semua dah bangun dan bersarapan di hontel...  


 Kami memilih untuk 4 island menggunakan  long tail boat aka traditional boat thailand.. Harga untuk sebuah boat rombongan 'cIK kIAH' lebih kurang 8 org ialah sebanyak 3000 bath.. kena pandai2 survey agen di Aonang Beach...Excited semua orang!!!!


Pakej ini akan membawa kita ke Tup island, Poda Island, Chicken Island dan Phranang Beach... Dekat je dalam 20 minit...Dan dari pulau ke pulau hanya mengambil masa 10-20 minit.. Jom menikmati pemandangan indah di pulau2 ni...


Tempat pertama sekali dibawa ialah Tup Island dan Poda Island . Istimewanya pulau ini ialah ada laluan pasir semulajadi menghubungkan kedua pulau tersebut. Kiri Kanan laut. Tapi sayangnyer masa kami sampai air pasang so dah x nampak laluan pasir tu....


Poda Island- Air jernih dan pasir putih bak mutiara....


Kami diberi masa selama lebih kurang 45 minit untuk mandi manda dan berjimba2.....




Aktiviti seterusnya ialah snorkeling di Chicken Island. Boat berhenti ditengah2 laut. Mula2 semua takut... Tapi bila sorang dah gedebusss ....semua pun terjun!!! Jangan risau Ada life jacket ... 



YEAY !!! seronok ooi bermain2 dengan ikan-ikan nemo ni...  



Bentuk pulau macam Chicken.... 

Poda Island... Sesuai untuk aktiviti kanak-kanak riang!!!!


PHRANANG ISLAND- Subhanallah indah betul pemandangan di sini.....




Dipulau ni banyak2 boat tempatan yang menjual makanan halal.... Boleh makan sambil menikmati laut yang menghijau.. Perghhh memang heaven lah.....




Lebih kurang kul dua petang kami pun pulang ke pangkal jalan...hihi..Balik hontel.. semua kepenatan tapi puas hati dan bersyukur diberi kesempatan menikmati keindahan ciptaNya... !!!


                       
Antara pemandangan indah  disini....

Terima Kasih

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign