Memaparkan catatan dengan label cooking time. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cooking time. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

Kek LUmut Kukus

Kek Lumut Lembab dan Gebu
Oleh: Azie Kitchen




                                      


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1 cawan Horlicks* 
3 paket nestum(3 in 1)- optional saya tambah
3/4 cawan gula( saya bubuh gula aising 1/2 cawan)
250 gm butter ( saya guna brand buttercup)
4 biji telur grade A
1 sudu besar pandan paste (guna pewarna hijau)
4 sudu besar serikaya pandan (guna 2 sudu besar)
1/4 cawan susu pekat (2  sudu besar)
2 sudu besar susu cair -saya tambah
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang dengan kelajuan maksimun.

Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.

Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste dan pukul rata setiap campuran dimasukkan. Masukkan tepung campuran horlicks.

                                   


Tuangkan ke dalam loyang 7"x7" yang di lapik dan dilenser dengan butter. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air jatuh di permukaan kek. Sebelum itu, sapu sedikit butter pada aluminium foil supaya bila kek  masak, tidak melekat dan permukaan akan menjadi cantik. 

Kukus 2-3 jam dgn api sederhana. Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.

 

Slamat mencuba.. Kek ni mmg sedap..rasa lemak manis..

Terima Kasih

Jumaat, 15 Mei 2015

Chocholate Mousse - Dessert Ala Hotel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Di hari jumaat yang mulia ni, saya ingin kongsikan satu resepi dessert yang ringkas dan sedap sesuai untuk mummy2 yang berkerjaya. Pasti anak2 and hubby tersenyum tgk dessert ala-ala hotel ni. hihihi.....Sesuai juga untuk buat high tea with friend. Kelass gitu :)


Bahan-Bahan2:     
40 g gula pasir halus
1 sudu besar Gelatin-  guna brand Nur
140 gram coklat masakan- guna brand cholatta
200 ml whipping cream- boleh guna anchor or emborg
2 biji putih telor ayam.. jgn termasuk sikit pun kuning telor..
100 ml air yg betul2 panas-  utk mencairkan gelatin td..
Kek sponge coklat- sy beli yang dah siap

Cara- cara:
1.Masak coklat dgn menggunakan kaedah double boiler hingga cair.Pastikan 
   jgn terkena air ye.. 
2. Campurkan serbuk gelatin dalam air panas hingga larut.
3. Masukkan bancuhan gelatin td ke dalam coklat cair tersebut.. pastu kacau 
    rata sampai sebati semuanya.. Biarkan seketika. (Adunan A)
4. Putar putih telur hingga kental dan kaku. Maksudnye kalau angkat dia 
    seakan2 bertanduk..
5. Masukkan gula sikit demi sedikit dan putar hingga sebati (Adunan B)
6. Dalam bekas lain putar guna kelajuan tinggi whipping cream hingga kental 
    lebih kurang 5 minit. (Adunan C)
7. Masukkan adunan A dalam B gunakan spatula. Gaul sebati.
8. Last skali masukkan  adunan C.kali ni kena gigih sikit utk kaup balik dan gaul 
    hingga semua bhn2 sebati dan tidak berbintil2..
9. Masukkan dalam bekas mengikut citarasa masing2 diselang seli dgn kek  
    span.
                                        

10. Sejukkan dalam peti ais hingga beku 1-2 jam ikut acuan masing2- lagi
      besar bekas lg lama.bukan tempat frozen tu ye...




Selamat mencuba!!!!

Terima Kasih

Jumaat, 8 Mei 2015

sup ketam sedap n simple




Hari ini saya try resepi yg simple and sedap...Resepi asal daripada Azie Kitchen (KLIK SINI). Tapi saya ubah skit2 ikut citarasa..Sup ketam ni sesuai dimakan untuk seisi keluarga dan dikatakan bagus untuk pesakit denggi kerana dapat meningkatkan darah platlet..(Click sini untuk baca ulasan mengenai mitos sup ketam dan denggi oleh Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman)


Bahan bahan:

5ekor ketam kecik - potong 4

1 biji ubi kentang - potong dadu

Garam

Minyak masak


Bahan tumbuk:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit halia

1 sudu serbuk lada putih- ikut cita rasa masing


Bahan tabur:

Daun sup



Cara cara:


  1. Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak . 
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan air dan reneh ubi sehingga empuk
  4. Masukkan ketam dan perasa- garam n gula, lada putih
  5. Tabur daun sup.
  6. SIAP UNTUK DIMAKAN!!!!




Terima Kasih

Khamis, 16 April 2015

Red velvet cupcake sedap





Kek red velvet ni saya belajar dengan chef syarifah munirah... kek ni sedap and moist. Jadi disini saya kongsikan resepi untuk rujukan masa hadapan memandangkan kertas resepi pun dah hampir lusuh..

Resepi asal
(Syarifah Munirah- Harmuni cake house)

Bahan kek:

A  =      250g butter
             400 g gula perang

B =        3 biji telur
              1 sudu besar vanilla

C=         380 g tepung gandum
              3 sudu besar
              1/2 sudu kecil garam

D =        300g buttermilk/yogurt@ ( 1 1/2 cawan+ 1 1/2 sb) - 15minit
              Pewarna merah (3 merah+ 2 pink)

E =        1 1/2 sudu besar cuka makan
             1 1/2 sudu kecil  soda bicarbonate
 
Caranya:
  1. Pukul A hingga kembang sedikit (15 minit)
  2. Masukkan B, pukul lagi sehinnga sebati
  3. Masukkan C berselang seli dengan D dan gaul rata
  4. Akhir sekali masukkan E (kacau sebati cepat2- bancuh apabila nak guna)
  5. Tuang dalam cupcake- dapat lebih kurang 50 biji size cupcake kecik)@ kalau nak buat kek sebiji besar guna loyang 9"-10" bulat- 4 loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 c- api atas bawah selama 15-20 minit 
  7. Amik beberapa cawan kek yang telah masak,kemudian relaikan dan  bakar  lagi untuk jadikan serbuk sebagai hiasan diatas kek.

Bahan topping

250 g cream cheese
60g gula aising
2 sb lemon jus
300 ml whipping cream

Pukul cream cheese hingga kembang+ gula aising+lemon
Masukkan whipping gebu (pukul berasingan) - pukul sehingga sebati dan licin.






Terima Kasih

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign