Khamis, 16 April 2015

Home » » Red velvet cupcake sedap

Red velvet cupcake sedap





Kek red velvet ni saya belajar dengan chef syarifah munirah... kek ni sedap and moist. Jadi disini saya kongsikan resepi untuk rujukan masa hadapan memandangkan kertas resepi pun dah hampir lusuh..

Resepi asal
(Syarifah Munirah- Harmuni cake house)

Bahan kek:

A  =      250g butter
             400 g gula perang

B =        3 biji telur
              1 sudu besar vanilla

C=         380 g tepung gandum
              3 sudu besar
              1/2 sudu kecil garam

D =        300g buttermilk/yogurt@ ( 1 1/2 cawan+ 1 1/2 sb) - 15minit
              Pewarna merah (3 merah+ 2 pink)

E =        1 1/2 sudu besar cuka makan
             1 1/2 sudu kecil  soda bicarbonate
 
Caranya:
  1. Pukul A hingga kembang sedikit (15 minit)
  2. Masukkan B, pukul lagi sehinnga sebati
  3. Masukkan C berselang seli dengan D dan gaul rata
  4. Akhir sekali masukkan E (kacau sebati cepat2- bancuh apabila nak guna)
  5. Tuang dalam cupcake- dapat lebih kurang 50 biji size cupcake kecik)@ kalau nak buat kek sebiji besar guna loyang 9"-10" bulat- 4 loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 c- api atas bawah selama 15-20 minit 
  7. Amik beberapa cawan kek yang telah masak,kemudian relaikan dan  bakar  lagi untuk jadikan serbuk sebagai hiasan diatas kek.

Bahan topping

250 g cream cheese
60g gula aising
2 sb lemon jus
300 ml whipping cream

Pukul cream cheese hingga kembang+ gula aising+lemon
Masukkan whipping gebu (pukul berasingan) - pukul sehingga sebati dan licin.






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign