Khamis, 30 April 2015

Home » » Cara daftar darjah satu- SK Kubang Kerian 3

Cara daftar darjah satu- SK Kubang Kerian 3

Assalamualaikum...

Ari ni nak cerita pengalaman daftar anak masuk darjah satu..Boleh daftar 2 thn seblm anak masuk sekolah. Contohnya kalau anak masuk darjah satu 2017. Maksudnye this year 2015 dah kena daftar.. 

Kat kelantan ni xde sistem online, jadi kena g sendiri sekolah yang berkenan dihati.. Risik2 dgn kawan yang dah ada anak masuk skool diorg kata stat daftar bln mac.. Biasanyer ada iklan.. Kami pun tgu la iklan..  Bila dah masuk 20hb xnmpk btang hidup banner jadi saya pun g menanya khabar.. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Kubang Kerian 3, KOTA BHARU..

Sampai2 pak guard ckp ' pn br nk daftar ke? Dah nak tutup dah pendaftaran sbb dah nk ckp kuota. napa x datang awal? . Awal bulan  mac dah stat buka...GLurppp! Ooo.. ye ke???? Menurut pak guard tu quota 220 student.. maybe ada 5 lg kekosongan...




Untuk pengetahuan semua, kita kena sediakan document2 berikut ye sebelum mendaftar.. Borang kena isi di skool. Jangan jadi macam kami, kena balik umah semula:)

- Semua dokumen perlu disediakan dalam 1 salinan.
* Sijil Lahir anak (Salinan & Asal)
* Sijil Nikah/ Sijil Kematian/ Surat cerai ibubapa (mana yang berkenaan)
* Kad Pengenalan ibubapa / penjaga yang sah
* Hak Penjagaan anak / Sijil anak angkat
* Bil Utiliti (Bil air/elektrik/telefon)
- Salah satu bil je.. just nak prove address.
* Sampul surat 23 x 16 cm
- 1 sampul
-  1 setem RM0.60
- Tulis alamat  surat menyurat kat sampul tu
* Slip gaji terkini.

Kena bawa sekali sijil lahir anak original sbb dia akan cop kat blkg sijil dan bagi no pendaftaran. Boleh check sama ada dapat ke x bulan ogos.. Insha Allah Kalau ada rezeki x kemana. Ibu pula yang excited nak tgk kakak masuk skool.



Pemilihan sekolah ni adalah berdasarkan jarak dari rumah dan tempat kerja ayah dah ibu yang sgt dekat.. lebih kurang 300m. Sbb kedua ialah sekolah ni antara yang terbaik di kelantan dan malaysia...Boleh cek kat link (SINI). Sebenarnya sbb yang kedua adalah BONUS!!








So mummies next year jangan lupa ye bulan MAC!! Thank you for reading....

P/S post ni simpanan untuk adik next year..


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign