Jumaat, 15 Mei 2015

Chocholate Mousse - Dessert Ala Hotel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Di hari jumaat yang mulia ni, saya ingin kongsikan satu resepi dessert yang ringkas dan sedap sesuai untuk mummy2 yang berkerjaya. Pasti anak2 and hubby tersenyum tgk dessert ala-ala hotel ni. hihihi.....Sesuai juga untuk buat high tea with friend. Kelass gitu :)


Bahan-Bahan2:     
40 g gula pasir halus
1 sudu besar Gelatin-  guna brand Nur
140 gram coklat masakan- guna brand cholatta
200 ml whipping cream- boleh guna anchor or emborg
2 biji putih telor ayam.. jgn termasuk sikit pun kuning telor..
100 ml air yg betul2 panas-  utk mencairkan gelatin td..
Kek sponge coklat- sy beli yang dah siap

Cara- cara:
1.Masak coklat dgn menggunakan kaedah double boiler hingga cair.Pastikan 
   jgn terkena air ye.. 
2. Campurkan serbuk gelatin dalam air panas hingga larut.
3. Masukkan bancuhan gelatin td ke dalam coklat cair tersebut.. pastu kacau 
    rata sampai sebati semuanya.. Biarkan seketika. (Adunan A)
4. Putar putih telur hingga kental dan kaku. Maksudnye kalau angkat dia 
    seakan2 bertanduk..
5. Masukkan gula sikit demi sedikit dan putar hingga sebati (Adunan B)
6. Dalam bekas lain putar guna kelajuan tinggi whipping cream hingga kental 
    lebih kurang 5 minit. (Adunan C)
7. Masukkan adunan A dalam B gunakan spatula. Gaul sebati.
8. Last skali masukkan  adunan C.kali ni kena gigih sikit utk kaup balik dan gaul 
    hingga semua bhn2 sebati dan tidak berbintil2..
9. Masukkan dalam bekas mengikut citarasa masing2 diselang seli dgn kek  
    span.
                                        

10. Sejukkan dalam peti ais hingga beku 1-2 jam ikut acuan masing2- lagi
      besar bekas lg lama.bukan tempat frozen tu ye...




Selamat mencuba!!!!

Terima Kasih

Sabtu, 9 Mei 2015

Love Story of MY Family 2010-2014


























 


























Terima Kasih

Pink Lavender Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign