السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di hari jumaat yang mulia ni, saya ingin kongsikan satu resepi dessert yang ringkas dan sedap sesuai untuk mummy2 yang berkerjaya. Pasti anak2 and hubby tersenyum tgk dessert ala-ala hotel ni. hihihi.....Sesuai juga untuk buat high tea with friend. Kelass gitu :)
Bahan-Bahan2:
40 g gula pasir halus
1 sudu besar Gelatin- guna brand Nur
140 gram coklat masakan- guna brand cholatta
200 ml whipping cream- boleh guna anchor or emborg
2 biji putih telor ayam.. jgn termasuk sikit pun kuning telor..100 ml air yg betul2 panas- utk mencairkan gelatin td..
Kek sponge coklat- sy beli yang dah siap
Cara- cara:
1.Masak coklat dgn menggunakan kaedah double boiler hingga cair.Pastikan
jgn terkena air ye..
2. Campurkan serbuk gelatin dalam air panas hingga larut.
3. Masukkan bancuhan gelatin td ke dalam coklat cair tersebut.. pastu kacau
rata sampai sebati semuanya.. Biarkan seketika. (Adunan A)
4. Putar putih telur hingga kental dan kaku. Maksudnye kalau angkat dia
seakan2 bertanduk..
5. Masukkan gula sikit demi sedikit dan putar hingga sebati (Adunan B)
6. Dalam bekas lain putar guna kelajuan tinggi whipping cream hingga kental
lebih kurang 5 minit. (Adunan C)
7. Masukkan adunan A dalam B gunakan spatula. Gaul sebati.
8. Last skali masukkan adunan C.kali ni kena gigih sikit utk kaup balik dan gaul
hingga semua bhn2 sebati dan tidak berbintil2..
9. Masukkan dalam bekas mengikut citarasa masing2 diselang seli dgn kek
span.
10. Sejukkan dalam peti ais hingga beku 1-2 jam ikut acuan masing2- lagi
besar bekas lg lama.bukan tempat frozen tu ye...
Selamat mencuba!!!!