Kek Lumut Lembab dan Gebu
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1 cawan Horlicks*
3 paket nestum(3 in 1)- optional saya tambah
3/4 cawan gula( saya bubuh gula aising 1/2 cawan)
250 gm butter ( saya guna brand buttercup)
4 biji telur grade A
1 sudu besar pandan paste (guna pewarna hijau)
4 sudu besar serikaya pandan (guna 2 sudu besar)
1/4 cawan susu pekat (2 sudu besar)
2 sudu besar susu cair -saya tambah
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang dengan kelajuan maksimun.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste dan pukul rata setiap campuran dimasukkan. Masukkan tepung campuran horlicks.
Tuangkan ke dalam loyang 7"x7" yang di lapik dan dilenser dengan butter. Tutup loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air jatuh di permukaan kek. Sebelum itu, sapu sedikit butter pada aluminium foil supaya bila kek masak, tidak melekat dan permukaan akan menjadi cantik.
Kukus 2-3 jam dgn api sederhana. Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.
Slamat mencuba.. Kek ni mmg sedap..rasa lemak manis..
Kukus 2-3 jam dgn api sederhana. Bila dah sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.
Slamat mencuba.. Kek ni mmg sedap..rasa lemak manis..