Kulim - Wang Kelian - Satun - Krabi
Assalamualaikum....
Destinasi pilihan kali ni ialah Krabi, Thailand..Kali ni lain daripada biasa kerana kami memilih konvoi secara roadtrip.Pagi itu kami bangun agak awal. Yela, jauh nak sampai ke Krabi ni..Check out from Kicha Inn Kulim lebih kurang kul 7 pagi.
Bermulalah perjalanan kami sambil menikmati pemandagan sawah melalui PLUS higway.....
Sebelum kami meneruskan perjalanan yang lebih jauh, kami kene la sarapan dulu.. Breakfast ala-kadar je, janji dapat buat alas perut. Makan roti canai dan kari gearbox. Special made in JITRA...
Seterusnya kami berhenti di Changloon Trade Centre (CTC) untuk urusan pembelian Insurans kenderaan Thailand. Paling popular Siam City Insurance. Jangan lupa bawa geran asal (bagi pemilik sah atau pinjam kenderaan orang lain ). Surat pemilik asal memberi pinjam kenderaan ( ini bagi yang bawa kenderaan pinjam, tulis sepucuk surat rasmi kepada Kastam Thailand dalam bahasa Inggeris yang menyatakan tuan kenderaan memberi kebenaran dan menandatangi surat tersebut. Jangan risau agen ni boleh tolong buat. Agen ini jugak akan isikan arrival and departure card.. Total kena bayar segala urusan RM25.
Lebih kurang kul 12 tengahari kami tiba di Wang Kelian, Perlis..Sebelum tu jangan lupa isi minyak penuh2 kat border... Thailand mahal kalau nak isi minyak....
Kat sini kena parking kereta dan beratur cop passport. Serahkan slip tersebut bersama-sama passport atau borderpass. Ada wang pengeras... huhu...Kami bagi RM1 sahaja.
Siap dengan urusan passport. Seterusnya ke kaunter Custom Declaration. Beri geran dan passport. Bagi yang membawa kereta pinjam kena serahkan juga surat kebenaran menggunakan kereta. Kadang-kadang dia akan minta untuk melihat kenderaan tersebut dan jumlah penumpang.. Yehaa!!!! Jom sambung perjalanan.. Jauh lagi ni...
Tapi jangan risau jalan dia memang two lane each side dan lebar.. Lurus pula tu...Xbanyak kereta... Yang paling best xde TOLLL!!!
Melalui salah sebuah pekan semasa perjalanan....
Berhenti makan dan solat dulu....Nak order makanan cakap macam ayam ngan itik...kui2...
Berhenti lagi untuk top up minyak.....
Akhirnya tiba juga dibandar Krabi.....
Lebih kurang setengah jam dari bandar Krabi kami tiba di tempat penginapan iaitu di Aonang Beach.. iaitu lebih kurang kul 5.30 ptg...
Jangan lupa baca next post untuk melihat keindahan pulau2 di Krabi!!!!!
Aonang - Hatyai- Bukit Kayu Hitam
Untuk perjalanan pulang kami memilih melalui Hatyai yang mengambil masa kira-kira lebih kurang 4.5 jam. Jauh jugak tu kan. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu la lebih kurang.
Korang jangan risau, takde tol dikenakan plus rangkaian jalan raya dorang memang bagus! Jalan pun lebar. Kete tak banyak...
Berhenti di RnR yang bertemakan Cowboy
Sekian sahaja...